Author: Pra Universiti Kampus SMKG Keningau
•8/22/2009 07:04:00 AM

-Klik Untuk Kembali-


TUGASAN MORAL - 2

TAJUK: Ciri-Ciri Pelajar Yang Bermoral

Oleh : amein rahim SMKG

PENDAHULUAN

Moral adalah sesuatu yang lahir secara semulajadi dalam diri manusia. Ia merupakan satu piawaian umum tentang tingkah laku, yang mana menyetujui kualiti-kualiti tertentu dan mengutuk yang lain. Naluri manusia mungkin berbeza antara satu sama lain, bagaimanapun gerak hati manusia sepakat mengatakan bahawa nilai-nilai moral adalah sesuatu yang baik dan yang sebaliknya adalah tidak baik.

Moral adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia yang selalu di perkatakan orang tetapi tidak ramai yang bersedia mempraktikkannya secara konsisten. Ini ialah kerana perlaksanannya memerlukan satu bentuk hubungan diantara insan dan Penciptanya iaitu Allah SWT sehingga dia merasakan kehadiranNya setiap masa dan keyakinan kepada hari Akhirat (the day of Judgment). Moral atau akhlak dalam peribadi kita lebih penting daripada reputasi kita. Reputasi adalah pendapat orang lain terhadap kita tetapi peribadi kita adalah siapa kita yang sebenarnya. Bertol menyebut `Character is a diamond that scratches every other stone’.

Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen

Seorang insan yang jujur, ikhlas dan boleh dipercayai, yang mana perilakunya adalah cakap serupa bikin, yang berpada dengan rezekinya yang halal, yang tidak mengabaikajn tanggungjawab mereka terhadap orang lain, yang hidup dengan aman damai dan tidak mengganggu gugat kehidupan orang lain adalah sebenarnya telah membentuk satu asas kehidupan bermasyarakat yang sihat.

Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa standard moral manusia adalah universal dan telah dimaklumi manusia sejagat. Kebaikan dan kejahatan bukanlah mitos, tetapi adalah reality yang difahami oleh seluruh ummat manusia. Perasaan baik dan buruk sememangnya wujud dalam sifat semulajadi manusia. Oleh kerana itu dalam Quran istilah ma’ruf diertikan sebagai kebaikan manakala istilah munkar diertikan sebagai kejahatan. Maksudnya perkara ma’ruf adalah perbuatan yang disenangi manakala perbuatan munkar adalah perbuatan yang perlu dijauhi. Firman Allah dalam Al-Quran (Al-Shams 91:8) yang bermaksud:

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.” (Al-Shams 91:8)

Apakah Ciri-Ciri Pelajar Yang Bermoral?

Untuk membentuk pelajar yang bermoral memerlukan tiga perkara utama iaitu pendidik atau guru yang bermoral, program yang bersepadu serta suasana persekitaran yang kondusif untuk pembinaan pelajar yang bermoral.

Ketika ini kita dapati para pelajar yang terdiri daripada remaja dan belia khususnya semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka. Kita dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang bermoral ini lebih disiplin, bertanggungjawab, tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah dan mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama mereka mengajar mereka bahawa mencari ilmu pengetahuan, membaca dan mencapai kecemerlangan adalah satu kewajiapan yang tidak boleh di abaikan. Umpamanya dalam agama Islam, ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ atau bacalah. Ini menunjukkan betapa agama Islam memberi penilaian yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan.

CIRI PELAJAR YANG BERMORAL:

Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

Sebagai penganut agama Islam, para pelajar yang bermoral haruslah berpegang teguh kepada ajaran Islam yang di turunkan oleh Allah SWT. Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya’, menfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di kehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu para pelajar haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada.

Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya.

Mentaati Ibu dan Bapa

Suruhan mentaati dan menghargai kedua ibubapa di dalam Al-Quran adalah amat jelas. Juster, sikap mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada tuntutan dan kewajipan agama. Pelajar yang bermoral tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading. Malah, pelajar haruslah membuktikan kepada ibubapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang dalam pelajaran mereka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Mereka haruslah menjauhkan diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Seolah-olah sudah menjadi lumrah, yang mana para pelajar dari sekolah mana sekalipun, samada di bandar mahupun yang di ceruk pedalaman, sekiranya terjerabak dalam perkara-perkara yang merosakkan dirinya, akhirnya mengalami kekecewaan dan gagal dalam pelajaran mereka. Ibubapalah yang paling menanggung kekecewaan dan malu kerana perbuatan anak-anak mereka itu.

Mengawal Nafsu

Ciri-ciri pelajar bermoral yang seterusnya adalah mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita yakni malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan guru kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al_Quran, melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. `Allah berfirman “Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka?” Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Menjaga Hubungan Baik Dengan Allah dan Sesama Manusia

Seterusnya, pelajar yang bermoral ialah pelajar yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan gurunya, dengan rakannya atau dengan siapa-siapa sahaja. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, tutur kata dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor atau sekurang-kurangnya contoh teladan yang baik kepada rakan-rakannya dan malah mungkin mampu pula menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mereka yaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (Al-Ahzab: 21).

Berperinsip

Pelajar yang bermoral ialah pelajar yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau demi memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong semata-mata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama.

Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul yang di gariskan oleh pimpinannya.

Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan lama sekiranya kebiasaan yang buruk atau bad habits di amalkan oleh anggota-anggotanya dan tidak ada usaha untuk membasmikannya. Sebenarnya tidaklah rugi menjadi orang yang berprinsip. Selain daripada untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat, orang yang berprinsip ini biasanya di cari oleh organisasi yang agresif dalam mendapatkan keuntungan dan berorentasikan komersial. Statistik menunjukkan kerugian wang dan kos yang begitu tinggi yang terpaksa di tanggung oleh syarikat-syarikat di Malaysia kerana menghadapi masalah jenayah perdagangan dan pembaziran. Dahulunya, orang yang di tawarkan untuk bekerja dalam suatu organisasi adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-semata tetapi hari ini orang yang terbukti mempunyai rekod kerja yang mempamirkan sikap amanah, berprinsip dan mempunyai personaliti yang baik menjadi rebutan majikan-majikan.

Menjauhi Larangan Allah SWT

Pelajar yang bermoral ialah pelajar yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan empat elemen yang membentuk diri mereka iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan keempat-empat perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk pelajar yang bermoral melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi pelajar kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Pelajar-pelajar boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda para pelajar. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.

PENUTUP

Apa yang perlu bagi seseorang pelajar yang mahu menjadi insan yang bermoral dan berakhlak ialah dengan memulakan perubahan daripada dalam dirinya. Walaubagaimanapun perlaksanan peraturan-peraturan sekolah atau institusi pengajian amatlah perlu untuk menghalang pengaruh yang tidak baik daripada berleluasa. Perlaksanaan peraturan-peraturan harus di sertai dengan kesedaran dari dalam diri setiap pelajar agar perubahan yang berterusan kepada kebaikan dan tidak hanya bersifat sementara dapat di lakukan. Sebab itu pakar atau `guru’ pengurusan, Dr Stephen Covey menekankan pentingnya `the change must come from within’ dan pengurus serta pemimpin yang `principle-centred’.

Kita mahu pelajar yang memperolehi kecemerlangan akademik dan di waktu yang sama tegas dalam melaksanakan tuntutan dan kewajipan agamanya serta bermoral. Ini akan membentuk dalam dirinya personaliti yang baik, amanah dan seimbang untuk membantunya dalam kerjayanya nanti serta kebahagiaannya di hari akhirat kelak apabila dia bertemu dengan Maha Penciptanya iaitu Allah SWT. Oleh itu pelajar harus memulakan perubahan daripada sekarang untuk menjadi insan yang bermoral agar mencapai kecemerlangan dalam ertikata yang sebenarnya.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah apa yang ada dalam diri mereka” (Surah Ar-Raad: 11)

RUJUKAN

1) http://permai1.tripod.com/moral1.html

2)http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/06/hapuskan-budaya-semseng-sekolah.htm

3) http://www.islam101.com/sociology/moralSystem.htm

4) http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat31/nasihat31.html

5) Dr. Abdurrahman Umdirah, Motivasi Pendidikan Islam, KL: Darul Nu’man 1996.

6) PC CD-ROM, Holy Qur’an, New up-dated Version 6.31

7)http://www-personal.umich.edu/~gfenster/richwill.pdf#search='students%27%20moral'

8)http://www.frsd.k12.nj.us/teachers/Dept%20of%20curr&instruc/Character%20Educ/12points.htm

9)http://www.nmsa.org/portals/0/pdf/publications/RMLE/rmle_vol26_no1_article4.pdf#search='students%27%20moral'

10) http://www.umich.edu/~divdemo/Ashe03num1.pdf#search='students%27%20moral'



|
This entry was posted on 8/22/2009 07:04:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: